Kamis, 02 Agustus 2012

PERAWATAN DALAM ISLAM


Di dalam ketamadunan Islam dan sejarah perkembangannya, bidang teknologi perubatan telah lama dipraktik dan diamalkan oleh masyarakat terdahulu. Seorang tokoh perubatan Islam terkenal, Abu Ali Al Hussain Ibnu Abdullah (Ibnu Sina) menyatakan bahawa “Tujuan perubatan ialah untuk memelihara kesihatan yang sedia ada dan juga untuk mengembalikan kesihatan ketika hilang”.

Perubatan merangkumi 2 perspektif utama iaitu:

1.Perubatan Rawatan,
2.Perubatan Kawal-Cegah.


Sebagaimana Islam memberi keutamaan kepada aqidah, ia juga memberikan perhatian kepada bidang perubatan samada Perubatan Rawatan atau Perubatan Kawal-Cegah, sekali pun perhatiannya terhadap Kawal-Cegah itu lebih banyak.Sesungguhnya satu dirham untuk kawalan pencegahan dan berpantang itu lebih baik daripada wang yang bertimbun-timbun untuk berubat.
Islam mewajibkan setiap manusia memberikan hak yang sewajarnya kepada tubuh badannya. Diantaranya ialah merawatinya ketika ia sakit. Baginda Nabi Muhammad s.a.w. dalam beberapa hadisnya memerintahkan supaya orang yang sakit mendapatkan rawatan dengan berubat untuk menyembuhkan penyakitnya. Sabda Baginda Nabi Muhammad s.a.w.“ Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menurunkan penyakit dan ubat, dan menjadikan untuk kamu bahawa setiap penyakit ada ubatnya. Oleh kerana itu, berubatlah tetapi jangan berubat dengan yang haram” . Nabi s.a.w. sendiri berubat untuk dirinya dan menyuruh keluarga dan sahabatnya yang dihinggapi penyakit supaya berubat.
Apabila penyakit itu bertemu ubatnya maka sembuhlah ia. Itulah yang disebut sebagai keserasian. Namun dalam proses mencari ubat, manusia sering menemui jalan buntu apabila usaha-usaha yang dilakukan itu tidak berjaya. Sering kita dengar bahawa seseorang itu kadang-kadang dijangka tidak mempunyai harapan untuk terus hidup. Jika ia hidup usianya mungkin dalam jangka 6 bulan atau setahun. Jangkaan seumpama itu biar pun pada lazimnya atau pengalaman, kajian saintifik atau sebagainya tidak seharusnya dijadikan satu hukuman untuk tidak memberikan harapan hidup biar pun jangkaan ini benar-benar terjadi. Hanya Allah s.w.t. yang menentukan ajal maut seseorang. Walaupun doktor menjangkakan umur pada tarikh-tarikh tertentu, namun selagi jangkaan tarikh tersebut tidak menepati ketentuan Allah s.w.t. orang berkenaan tetap hidup.
Dalam kaedah perawatan Islam, unsur yang dapat menyembuhkan bukanlah ramuan ubat semata-mata tetapi juga unsur harapan kepada Allah s.w.t. yang tidak akan mensia-siakan orang yang bergantung kepadaNya. Setiap kali putusnya harapan dan cita-cita, maka sulit lagilah pesakit itu akan sembuh. Sesungguhnya rawatan yang hakiki mestilah merangkumi jasmani dan rohani sekali gus. Dengan pendekatan ini ramai para tabib atau doktor telah membuktikan mereka mampu merawat pesakit mereka dengan lebih sempurna dan sewajarnya. Akhirnya mereka telah menghasilkan keputusan yang cemerlang.
Maka selepas beberapa penyiasatan dan renungan yang mendalam, mereka telah membina satu falsafah baru mengenai rawatan ini diatas asas berikut:
1.Pengetahuan dalam bidang ilmu perubatan.
2.Pegangan dan kepercayaan kepada Allah s.w.t.
Manakala rawatan secara fizikal adalah menggunakan ubat-ubatan dan memanafaatkan pengetahuan dalam bidang ilmu perubatan. Rawatan jenis ini adalah diakui oleh Islam bahkan ada diantaranya disebut dalam Al Quran dan Hadis Nabi s.a.w..
Kesimpulannya, mendapatkan rawatan adalah dituntut oleh Islam sebagai satu langkah untuk memelihara dan menjaga nikmat kesihatan dan keselamatan tubuh badan. Dalam hal ini Islam melalui petunjuk Rasulullah s.a.w. bukan sekadar memberi galakan kepada orang sakit supaya mendapat rawatan, tetapi juga telah mengemukakan satu pendekatan terbaik untuk merawat penyakit iaitu pendekatan bersepadu yang menggabungkan usaha secara jasmani dan rohani. Islam juga terlalu menitik beratkan akan menjaga kebersihan kerana ia adalah tabiat pencegahan terbaik dalam menjaga kedua-duanya. Didalam kontek ketahanan atau penyebaran dakwah Islam juga ditegaskan dengan satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim iaitu “Seorang mukmin yang kuat itu lebih baik daripada mukmin yang lemah, tetapi kedua-duanya adalah baik”.

Prinsip-prinsip perawatan Islam
Prinsip Keyakinan - bahawa yang menyembuhkan adalah Allah S.W.T. Dalam merawat pesakit harus dilakukan secara ikhsan dan sesuai dengan syariat Islam.
Halal lagi Toyyib - tidak sekali-kali menggunakan ubatan yang haram atau bercampur dengan bahan yang haram.
Selamat - pengubatan yang tidak membawa mudharat, mencacatkan tubuh, kecuali jika keadaan sangat dharurat dan tiada pengubatan lain pada saat itu.
Tidak berdasarkan tahayul, kurafat dan bidaah.
Prinsip mencari yang lebih baik - berdasarkan kaedah Islam dan ilmu perubatan.
Mengambil sebab melalui ikhtiar serta tawakal.
  
Pengenalan
Perubatan Jawi ialah satu kaedah perubatan yang menyeluruh (holistik) yang menggabungkan dua (2) sumber utama iaitu sumber alamiah dan sumber ilahiah.
Perubatan Jawi telah dipelopori oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad. Perkataan "Jawi" diambil dari nama tempat kelahiran beliau iaitu Jejawi, satu daerah yang terletak di negeri Perlis, Malaysia.
Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad sentiasa mendapat bimbingan dari saudara tertua ibunya, Haji Ahmad bin Husein iaitu seorang pengamal perubatan herba yang terkenal. Tuan Haji Ismail juga merupakan seorang graduan lulusan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang pertanian pada 1982.
Pada tahun 1986, dengan bantuan isterinya Puan Hajjah Norhayati binti Ahmad dan juga berbekalkan pengalaman bertahun-tahun dalam dunia pengubatan herba, Perubatan Jawi mula dikembangkan dengan menggunakan nama Perubatan Tradisional Al Wahida (PTA).
Kejayaan kaedah Perubatan Jawi ini telah diakui oleh ribuan pengguna yang pernah mencuba dan mengamalkan perawatan ini. Untuk merealisasikan Perubatan Jawi di tengah masyarakat, maka lahirlah Institut Herba Al Wahida yang lebih dikenali dengan INTIBAH yang telah melahirkan ramai para-para herbalis yang telah memperkenalkan kaedah perawatan ini ke seluruh dunia.
 Sumber Perubatan Jawi
Konsep Perubatan Jawi merupakan konsep perubatan yang menggabungkan dua sumber utama iaitu alamiah dan ilahiah. Hal ini didasarkan kepada sabdaan Rasulullah S.A.W. :
"Gunakan dua kesembuhan iaitu madu dan al quran." (H.R. Ibnu Majah dan Al Hakim)
Ahli herba memandang bahawa madu sebagai sumber alamiah sedangkan Al-Quran sebagai sumber ilahiah.
Ilahiah bermakna bahawa segala penyakit yang berlaku berasal dari Allah S.W.T. dan Allah S.W.T. pula yang sebenarnya menyembuhkan penyakit tersebut. Sementara manusia berikhtiar bersungguh-sungguh menggunakan ilmu yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepadanya sebagaimana sabdaan Rasulullah S.A.W. :
"Berubatlah kamu, kerana sesungguhnya Allah S.W.T. yang menurunkan penyakit, Dia juga yang menurunkan ubatnya." (H.R. Ahmad)
Perawatan akan lebih berkesan apabila perawat sendiri (herbalis) mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah S.W.T. Doa adalah inti Perubatan Jawi, tawakkal merupakan pelengkap, sementara keberkesanan (kemujaraban) dan ilmu menjadi asas tindakan.
Dengan demikian sumber ilahiah memberikan keyakinan bahawa hakikat penyembuhan itu dari Allah S.W.T. yang bersifat Asy-Syafi (Maha Penyembuh). Pesakit juga perlu didekatkan dengan Allah S.W.T. melalui nasihat dan tuntutan beribadah secara benar serta menjauhi sifat-sifat mazmumah (tercela).
Alamiah ialah menggunakan semua sumber alam yang ada di atas muka bumi ini seperti tumbuh-tumbuhan, batu-batuan dan haiwan. Sumber alamiah menggunakan herba-herba yang terpilih mengikuti disiplin herba yang teratur. Sejarah mencatatkan herba telah digunakan sebagai sumber perubatan sejak berabad-abad yang lalu dan lebih dari 20,000 spesis herba telah digunakan di seluruh dunia.
 Takrif
Herbalis
Herbalis ialah seorang yang mempunyai kepakaran dan terlatih dalam merawat sesuatu penyakit dengan menggunakan herba ubatan.
Herbalis berpegang kepada kefahaman yang menyatakan "Biarkan makanan menjadi ubatmu dan biarkan ubat menjadi makananmu".
Herba ubatan
Herba ubatan adalah tumbuh-tumbuhan yang mengandungi satu atau lebih bahan aktif yang dapat digunakan untuk tujuan penyembuhan seperti:
Mengkudu hutan (Morinda citrifolia) yang mengandungi morindin sebagai bahan anti kanser.
Pegaga (Centella asiatica) yang mengandungi asiaticoside yang berguna untuk masalah kulit dan meningkatkan minda (IQ).
Akar lalang (Imperata cylindrica) yang mengandungi lebih dari 20 jenis bahan aktif yang berkesan dalam merawat masalah ginjal, batu karang, saraf, demam, batuk dan sebagainya. Akar lalang juga mengandungi stigmasterol dan beta-sitosterol yang berfungsi sebagai antihipertensi untuk menurunkan tekanan darah tinggi.
Perubatan herba merupakan di antara kaedah perubatan tertua di dunia serta melibatkan penggunaan oleh 80% komuniti dunia. Pengetahuan tentang tumbuh-tumbuhan sebagai ubatan telah diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Hari ini para herbalis telah menggabungkan di antara pengetahuan lampau dengan kajian-kajian terbaru bagi mengatasi masalah kesihatan penduduk dunia moden masakini.
Herbalis membawa pendekatan holistik dan melihat pesakit secara unik. tidak ada penyakit yang sama untuk semua orang. Dengan beberapa kaedah diagnosa dan sejumlah pertanyaan; seorang herbalis mencari petunjuk yang menyebabkan keluhan pesakit. Ini bermakna sesuatu yang baik untuk seseorang pesakit mungkin tidak sesuai untuk pesakit yang lain.

hempedu bumi
kunyit
pegaga
tongkat ali

Klasifikasi Herba Ubatan
Herba ubatan dalam Perubatan Jawi diklasifikasikan berdasarkan citarasa dan sifat herba mengikut tujuan pengubatan iaitu :
Herba pahit
Herba sejuk
Herba panas

Herba pahit adalah herba yang melakukan proses detoksifikasi terutama di hati, seperti pokok hempedu bumi (Endrograpis paniculata). Herba pahit perlu disinergikan dengan herba yang mempunyai sifat yang melawaskan atau melancarkan pembuangan air besar. Bagi pesakit buah pinggang yang telah menggunakan mesin hemodilisis perlu berhati-hati jika menggunakan herba pahit ini.

Herba sejuk adalah herba yang mampu membuang haba (tenaga badan) yang berlebihan di badan. Biasanya herba-herba ini akan mengeluarkan panas melalui air kencing. Tindakan ini disebut diuretik iaitu dengan mengeluarkan air kencing, haba dalam badan akan distabilkan.
Herba panas ialah herba yang diberikan kepada penyakit yang jenis sejuk. Kebanyakan herba panas berasal dari jenis herba yang mempunyai minyak meruap atau minyak asiri seperti pokok teja lawang. Gejala sejuk sering dikaitkan dengan masalah angin dalam tubuh.

Rukun Penyembuhan
Herba akan berkesan apabila pengamalannya memenuhi semua rukun-rukun yang ditentukan. Rukun-rukun herba diambil dari kisah seorang sahabat yang minta ubat kepada Rasulullah SAW untuk menyembuhkan sakit perutnya. Kemudian Rasulullah SAW menyuruhnya meminum madu.
Setelah madu itu diminum ternyata tidak sembuh bahkan semakin parah. Kemudian diulangi hingga empat kali dan pada kali keempat orang yang sakit tersebut telah sembuh.
Orang yang sakit perlu dibimbing agar memenuhi semua rukun-rukun penyembuhan sehingga mendapatkan kesan paling optimal dari herba yang dimakan.

Rukun penyembuhan herba terdiri dari 4 rukun:
         Keyakinan
Keyakinan merupakan pintu penyembuhan utama yang perlu dibuka terlebih dahulu. Keyakinan kepada perawat dan rawatan yang akan diberikannya akan membangkitkan tenaga dalaman yang amat penting untuk membantu mengembalikan sistem imuniti tubuh. Mengambil herba dalam keadaan yang tidak yakin merupakan usaha yang sia-sia.
Simpul kedua yang harus dibuka dari pesakit adalah mengarahkan rasa cemas dan takut hanya pada Allah SWT. Pesakit hendaklah diingatkan selalu bahawa supaya banyak bersabar di atas ujian yang Allah SWT berikan kepadanya dan hendaklah menanamkan rasa yang mendalam di dalam lubuk hatinya bahawa sakit tersebut adalah tanda kasih sayang Allah SWT kepada hambaNYA sebagai langkah penghapusan dosa dari dirinya.
2.·         Amalan yang berterusan
Amalan yang berterusan artinya istiqomah dan kesabaran dalam menantikan kesan herba yang sedang melakukan pemulihan kepada seluruh tubuh (total healing). Apabila kita menyedari bahawa sumber penyakit datang dari pemakanan harian yang mengandungi toksid, maka sudah semestinyalah mengambil herba secara berterusan (rutin) adalah langkah perawatan yang sewajarnya. Penyakit timbul setelah sekian lama berlakunya gangguan kepada organ di dalam tubuh, begitu juga herba yang diambil memerlukan masa tertentu untuk melakukan proses pemulihan sel-sel yang telah rosak.
3.·         Dosis yang mencukupi
Pengambilan dosis herba yang tepat dan mencukupi harus disesuaikan dengan berat badan orang yang berkaitan. Dalam hal ini, bagi setiap 10kg berat badan memerlukan 1gm herba untuk dimakan setiap hari.
·     4.    Munculnya krisis kesembuhan (Healing crisis)
Berlakunya krisis kesembuhan adalah merupakan tanda-tanda yang menunjukkan herba sedang bekerja dalam membaikpulih sel-sel dalam badan dan sel-sel tubuh pula mula terangsang dengannya. Krisis ini juga dikenali sebagai DOC (Direction of Cure). Diantara tanda-tanda DOC ini adalah:
1.   Bertambah keluar penyakit dengan banyak; seperti perempuan yang mengalami keputihan.
2.   Berpindah penyakit dari bahagia tertentu kepada bahagian yang lain; seperti penderita asma akan mengalami gatal-gatal pada kulit.
3.   Terasa sakit pada bahagian pinggang dan tapak kaki. Sistem saraf mempengaruhi keadaan ini di mana rasa sakit akan terasa seolah-olah berpindah ke bawah terutama di sekitar pinggang dan langsung ke tapak kaki. Tapak kaki dihubungkan ke wilayah refleksi bagi perawatan seluruh ubuh.
4.   Mengulangi sejarah kesakitan - iaitu berlaku semula simtom atau gejala yang pernah berlaku pada masa yang lampau.

KEKUATAN FITRAH
Kita telah mengetahui bahawa Allah SWT telah membekali manusia dengan suatu sistem yang dikenali sebagai sistem imuniti (kekuatan fitrah). Kekuatan fitrah bergantung kepada 4 faktor, iaitu
spiritual (rohani) - qalbu
mental (akal)
emosi (nafsu), dan
fizikal (jasmani)
Perubatan jawi meletakkan kaedah perawatan penyakit berasaskan kepada keempat-empat faktor ini. Perawatan yang diterapkan harus menyeluruh (holistik) dan sesuai dengan kehendak fitrah manusia. Bagi pesakit bukan hanya pil, tablet atau suntikan sahaja yang diperlukan, tetapi lebih dari itu iaitu 4 faktor di atas.
ASPEK SPIRITUAL
Pesakit perlu selalu diberikan pengharapan atau pembinaan spiritual sebagaimana diajarkan oleh Rasulullah SAW, iaitu selalu meletakkan segunung harapan kepada pesakit bahawa "li kulli dain dawaun" yang bermaksud setiap penyakit pasti ada ubatnya.
Seringkali pesakit mengalami stress yang akan menghilangkan kekuatan fitrah, maka penawar yang digunakan ialah dengan memohon rahmat dari Allah SWT dengan banyak bersabar dan mendirikan solat.
Kekuatan fitrah juga boleh dipulihkan melalui kaedah amalan zikirullah, diantara zikir yang biasa diamalkan ialah doa nabi Yunus A.S : "laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin". (tiada tuhan selain Engkau, maha suci Engkau sesungguhnya kami termasuk orang yang zolim)
ASPEK MENTAL
Kebanyakan pesakit gagal melihat penyakit sebagai "bunga kasih" dari Allah SWT. Mereka selalu memikirkan perkara yang hilang daripada melihat bakinya yang masih ada. Manusia dilalaikan oleh banyak perkara kemaksiatan ketika sihat dan keluh kesah bila ditimpa musibah akibat perbuatan mereka sendiri.
Jalan keluar bagi pesakit ialah dengan meletakkan asas keyakinan kepada qodho (ketetapan) dan qodar (ketentuan) Allah SWT yang Maha Bijaksana. Perasaan pemilik mutlak kepada pemberian Allah SWT menjadikan mental mereka lebih parah lagi.
ASPEK EMOSI
Salah satu penawar yang paling mujarab untuk mengendalikan emosi ialah dengan berpantang (berpuasa). Menghindari makanan yang boleh menyebabkan terjadinya gangguan kepada kesihatan badan adalah digalakkan seperti daging, ikan berdaging hitam, makanan berasid dan lain-lain lagi adalah merupakan kaedah perawatan yang terbaik.
ASPEK FIZIKAL
Fizikal atau tubuh manusia terjadi dari sumber-sumber yang halus dan lembut. Penggunaan bahan kimia sintetik yang bersifat kasar menjadikan tubuh menghadapi tekanan yang maha berat. Penggunaan herba alami yang bersifat halus dan lembut amat sesuai dengan fisiologi tubuh manusia.
Tidur yang berkualiti yang boleh merehatkan badan adalah satu cara untuk menguatkan kembali kekuatan fitrah manusia.

MENENTUKAN KEKUATAN FITRAH MELALUI SUARA DAN PAMDANGAN MATA
Kita boleh mengetahui kekuatan fitrah yang dimiliki oleh seseorang melalui suara serta pandangan mata orang yang berkenaan denga melihat kepada beberapa tanda-tanda berikut:
1. Ciri-Ciri Orang Yang Memiliki Tenaga Fitrah Kuat
suaranya bertenaga dan bersemangat tinggi untuk sembuh
pandangan matanya kuat dan lurus ke depan
selalu menginginkan pnjelasan yang terperinci
memiliki pemikiran yang positif
2. Ciri_Ciri Orang Yang Memiliki Tenaga Fitrah Sederhana
suaranya lemah, lebih sering minta simpati dan nampak ketakutan
pandangan mata sering ke bawah
kadang-kadang menangis ketika mengadu
3. Ciri-Ciri Orang Yang Memiliki Tenaga Fitrah Lemah
suara lesu dan tidak memiliki harapan
pandangan mata tidak terfokus dan menerawang
pertemuan dengan perawat bukan berasal dari kemahuan sendiri

PUNCA PENYAKIT
Para pengamal Perubatan Jawi memahami bahawa terjadinya sesuatu penyakit adalah akibat dari campurtangan manusia di alam ini yang bertentangan dengan keharmonian yang ada. Harmoni ertinya keseimbangan mengikut ilmu ketentuan Allah SWT dan apabila terjadi perubahan, maka akan menjadikan semuanya turut berubah.
Penyakit bukan berpunca dari unsur luaran seperti kuman, virus, bakteria atau patogen tetapi penyakit berpunca dari kelemahan sistem dalaman tubuh manusia itu sendiri (kekuatan fitrah). Apabila sistem imuniti ini lemah atau terganggu, maka mulailah unsur luaran tersebut menyerang tubuh.
Dalam pandangan Perubatan Jawi, punca penyakit adalah disebabkan oleh 3 sumber utama iaiatu:
Toksid (racun) yang tertimbun dalam tubuh.
Tubuh memerlukan lebih daripada 40 jenis nutrein untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu. Apabila tubuh tidak memiliki kandungan nutrein yang mencukupi dan pada masa yang sama terjadi pengambilan bahan-bahan kimia yang berlebihan dan lain-lainnya yang tidak diperlukan oleh tubuh serta sistem penyingkiran yang tidak berfungsi dengan baik, akibatnya berlaku penompokan toksid di dalam tubuh. Hal ini melemahkan sistem imuniti sehingga tubuh tidak dapat bertahan apabila mendapat serangan dari kuman, virus, bakteria dan patogen.
Ketidakseimbangan suhu
Menurunnya suhu badan atau bertambahnya suhu disebabkan sistem pengencingan yang bermasalah. Penyelesaiannya lebih difokuskan pada melakukan cleansing di ginjal.
Ketidakseimbangan angin
Ketidakseimbangan ini berlaku akibat dari masalah autointoksikasi dalam usus besar dan kemusnahan bakteria baik (mikroflora) serta kekurangan enzim tubuh.
Ketiga-tiga punca penyakit tersebut dapat menyebabkan terjadinya ketidakseimbangan di fikiran (medan elektromagnet). Hal ini mengakibatkan tubuh mengeluarkan hormon steroid yang dapat melemahkan sistem imuniti. Jika sistem fikiran (hipotalamus) terganggu maka perawatan yang digunakan adalah melalui pegubatan yang menyeluruh (total healing) dan penekanan kepada perawatan kerohanian (spiritual) hendaklah diutamakan untuk mengembalikan tenaga dalaman (vital force ) dan diiringi dengan pengambilan herba-herba pilihan yang banyak mengandungi mineral serta vitamin C mega dos.
" Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diiringi dengan penawarnya"
 
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah"
HERBALISMA
Herbalisma ialah satu kefahaman mengenai herba yang menyatakan "biarkan makanan menjadi ubatmu dan biarkan ubat menjadi makananmu".
Tumbuh-tumbuhan (herba) adalah merupakan ciptaan Allah S.W.T yang terhampir dengan kehidupan manusia. Sejak zaman pra-sejarah; iaitu sebelum wujudnya perubatan moden lagi, masyarakat manusia telah menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai bahan ubatan dan resepi-resepi yang telah diformulasikan telah lulus ujian berabad-abad lamanya. 
Para Herbalis mempunyai keyakinan bahawa herba-herba alami yang tidak beracun melengkapi tubuh dengan bahan yang sesuai keperluannya sama seperti makanan. Hal ini menghasilkan pencegahan mahupun penyembuhan penyakit.
1. Penggunaan Herba Sebagai Pemakanan Kesihatan
Para herbalis percaya bahawa sebab utama terjadinya penyakit bukan disebabkan oleh kuman, virus, bakteria atau mikrob tetapi penyakit terjadi akibat lemahnya sistem ketahanan badan di dalam tubuh seseorang itu. Apabila sistem imuniti ini berada pada tahap yang rendah maka kuman mulalah menyerang.
Untuk memastikan supaya sistem imuniti seseorang itu sentiasa berada pada tahap yang tinggi, maka pengambilan herba yang tumbuh secara semulajadi dan bebas dari pencemaran adalah disarankan. Bahan-bahan di dalam herba seperti vitamin, galian, protein, serat, karbohidrat, beta karoten, dan bahan-bahan aktif yang lain adalah diperlukan secara berterusan oleh badan untuk membaiki sistem ketahanan badan seseorang untuk rawatan melawan penyakit yang ada . Ianya perlu diamalkan dalam jangka masa tertentu untuk memastikan kemujarabannya kerana herba mengandungi bahan aktif yang terlalu sedikit dan bertindak secara perlahan.
Zat pemakanan herba bukan bertindak kepada tempat atau penyakit tertentu sahaja tetapi untuk kesihatan seluruh badan.
2. Penggunaan Herba Untuk Perubatan
Ilmu perubatan menggunakan herba telah berkembang sejak sejarah manusia bermula. Pengamalan yang berlaku berabad-abad lamanya, akhirnya diperturunkan dari satu generasi ke generasi berikutnya.
Masyarakat dahulu menentukan ubat melalui pemerhatian makroskopik seperti melihat pokok Bayam Berduri dikaitkan dengan penambahan darah. Setelah perkembangan sains berlaku, herba-herba ini telah diuji satu persatu dan terbukti kebenarannya.
Istilah herba ubatan pada mulanya dikaitkan dengan tumbuhan yang tidak berkayu, tetapi kini herba ubatan telah diertikan sebagai tumbuh-tumbuhan yang mengandungi satu atau lebih bahan aktif yang dapat digunakan untuk tujuan terapeutik, seperti 
Mengkudu Hutan (Morinda citrifolia) yang mengandungi morindin sebagai anti kanser, 
Pegaga (Centella asiatica) yang mengandungi asitikosida yang berguna untuk masalah kulit dan meningkatkan minda (IQ).
Akar Lalang (Imperata cylindrica) yang mengandungi lebih dari 20 jenis bahan aktif yang berkesan dalam merawat masalah ginjal, batu karang, saraf, demam, batuk dan sebagainya.
Keberkesanan perawatan alamiah diakui pengguna melalui testimoni dan dari penelitian (kajian klinikal) dan pengamatan para perawat sendiri.
Pengambilan herba ubatan adalah untuk mengembalikan keharmonian tubuh di mana seluruh tubuh boleh berfungsi seperti sediakala terutama sistem imuniti. Oleh itu tujuan pengambilan herba ubatan adalah sebagai berikut:
1. Mencegah munculnya penyakit-penyakit baru.
Apabila kita merawat sesuatu penyakit, tujuan asalnya ialah untuk membendung agar ianya tidak melarat, baik penyakit akut (ringan) mahupun kronik (parah). Misalnya penyakit kencing manis yang tidak dicegah akan menyebabkan berlakunya gangguan ginjal atau penyakit yang sama tetapi semakin kronik, seperti kanser payudara yang akan merebak ke bahagian lain. Oleh kerana itu, pengambilan herba adalah sebagai langkah pencegahan agar sel-sel yang sihat tidak dijangkiti oleh sel-sel kanser.
2. Merawat penyakit sediada.
Tujuan kedua barulah ditumpukan kepada penyembuhan penyakit sediada. Tindakan yang dilakukan oleh herba dalam hal ini ialah:
Release (Mengeluarkan): proses ini ialah mengeluarkan segala toksid (racun) yang menjadi punca penyakit. Proses ini sering dikenali dengan detoksifikasi; proses membangkitkan sistem imuniti tubuh.
Relax (Merehatkan): peringkat ini tubuh diletakkan dalam keadaan yang stabil di mana keadaan suhu, alkali dan asid berada pada tahap yang paling baik agar dapat membantu berfungsinya sistem imuniti tubuh.
Regeneration (Menggantikan dengan yang baru): sel-sel yang telah mati diganti dengan sel-sel baru di mana proses penuaan (aging) dipertahankan malah berlaku keadaan yang terbalik setelah mengamalkan herba. Bahan anti oksidan di dalam herba akan bertindak sebagai anti penuaan dalam pencegahan penyakit-penyakit degeneratif.
Refunction (Mengembalikan fungsi): setelah proses di atas berjalan dengan sempurna maka organ-organ akan berfungsi semula dengan baik. Sistem imuniti akan bekerja dengan baik menolak penyakit dari dalam tubuh.
Dalam menggunakan herba samada sebagai pemakanan kesihatan atau untuk tujuan rawatan, seseorang itu hendaklah mempunyai keyakinan bahawa dalam setiap kejadian Allah s.w.t itu ada fungsinya yang tertentu. Perawatan herba juga mempunyai banyak kesamaan dengan perubatan moden di sudut kewujudan kesanbalas selepas penggunaannya. Proses keserasian tubuh bagi menerima herba seringkali mewujudkan tanda-tanda positif seperti berikut:
badan terasa panas
suara menjadi parau
kering kerongkong
sakit kepala / pening
mata merah
telinga panas dan berdesing
sakit pinggang
sakit bawah kaki / tumit
muntah
ruam-ruam dibadan
Simtom ini berlaku disebabkan oleh:
penggunaan herba jenis panas seperti pokok mengkunyit (Coscinium blumeanum), pokok tongkat ali (Eurycoma longifolia), dan pokok patawali (Tinospora crispa)
ubat sedang bertindak
proses pengeluaran toksid, penyeimbangan suhu atau angin sedang berlaku.
Secara umumnya, herba hendaklah di ambil sebelum makan atau ketika perut kosong. Sekiranya simtom di atas terjadi; pengambilan herba hendaklah diteruskan tetapi dengan mengurangkan dosnya atau diberikan selepas makan. Setiap pengamal herba hendaklah meminum air yang mencukupi sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari terutamanya bila mengambil herba yang bersifat panas.
Satu lagi kesamaan dengan perubatan moden dalam perawatan menggunakan herba ini adalah dalam kaedah menggabungkan (sinergi) ubat. Contohnya, bagi orang yang demam sinerginya meliputi ubat demam, antibiotik dan pelengkapnya seperti vitamin, ubat selsema, ubat batuk dan sebagainya mengikut gejala yang dialami oleh pesakit.
Sinergi yang lengkap, sesuai dan tepat amat penting bagi memastikan:
meningkatkan potensi keberkesanan
mengelakkan kesan sampingan
mengurangkan kekerasan ubat
mempercepatkan kesembuhan
Sinergi ini boleh dibahagikan kepada 3 bahagian yang utama :
sinergi wajib – pada amnya berfungsi untuk memulih dan memperbaiki keseluruhan sistem tubuh (homeostasis) agar dapat mengekang tubuh daripada serangan penyakit yang dideritai.
sinergi asas – berdasarkan diagnosis atau penyakit yang dihidapi.
sinergi pelengkap – kebiasaannya mereka yang menghidapi penyakit tertentu turut mengalami gejala-gejala yang timbul akibat penyakit tersebut.
Perlu diingatkan bahawa, setiap sinergi ini akan bersepadu secara berkesan bagi membantu proses pemulihan yang sepenuhnya. Sebarang pengabaian mana-mana sinergi mungkin membantut dan melambatkan proses pemulihan.
Adakalanya herba yang kita makan tidak berkesan secara maksimal. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut:
Masalah "Mind Set" - Keyakinan yang positif terhadap herba adalah merupakan anak kunci pengubatan kerana Allah S.W.T. telah menjadikan sesuatu itu dengan fungsi tertentunya. Apabila pengambilan herba dilakukan dalam keadaan terpaksa atau ragu-ragu, maka 'pintu pengubatan' bagi diri seseorang itu tidak dibuka dengan sepenuhnya dan mengakibatkan kurang berkesan perawatan herba ke atas dirinya.
Tekanan atau Stress - Tekanan yang berpanjangan akan meyebabkan kelenjar di dalam tubuh merembeskan bahan kimia tertentu yang menghalangi proses penyerapan dan tindakan pengubatan herba.
Pengambilan air yang tidak mencukupi - Air yang kurang juga menyebabkan herba tidak dapat diserap dengan baik terutama bila mengambil herba yang bersifat diuretik. Keperluan air untuk seseorang adalah sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari.
Penggunaan yang tidak berterusan - Sebahagian herba mempunyai daya kerja yang agak lambat dan memerlukan jangka masa tertentu untuk melakukan proses pemulihan. Seseorang pesakit terutamanya yang telah mengidap penyakit yang agak lama, perlulah bersabar dan memberikan masa yang panjang sedikit untuk herba berkesan sepenuhnya merawat tubuh.
Pengikatan dan pembuangan - Cara pengambilan herba yang salah atau penggunaan herba bersama dengan ubat-ubatan lain akan membentuk ikatan kimia yang tidak diuraikan dan terus disingkirkan oleh tubuh.
Dos yang tidak mencukupi - Dos yang cukup akan memberikan beberapa isyarat kepada tubuh, seperti peningkatan suhu badan dan rasa sengal pada tubuh. Hal ini menunjukan 'tindakbalas' herba yang memenuhi keperluan tubuh. (Lihat Nota Reaksi Herba)
 Adakalanya seseorang perlu diberikan perhatian khas untuk mendapatkan khasiat sepenuhnya dalam mengamalkan herba. Golongan yang tertentu tersebut adalah seperti berikut:
1.    Orang yang kurus - biasanya mereka mengalami masalah pencernaan dan menyebabkan khasiat makanan yang diambil tidak dapat diserap dengan baik.
2.    Orang tua lanjut usia - organ-organ tubuhnya sudah mulai lemah.
3.    Kanak-kanak - organ tubuh pada kanak-kanak belum terbentuk secara sempurna sehingga daya serapnya terhadap zat pemakanan belum optima.
Ketiga-tiga golongan tersebut perlu dibantu dalam mengambil herba iaitu dengan membuka kapsul pembungkusnya. Kemudian herba tersebut di masukkan ke dalam gelas dan dibancuhkan dengan air mendidih sehingga rata. Minum bila airnya telah menjadi suam.
Setiap produk herba yang hendak dipasarkan harus melalui beberapa tahap ujian yang diluluskan penggunaanya  seperti:
Ujian Logam Berat - Produk yang dikeluarkan harus bebas dari logam-logam berat seperti Arsenik, Plumbum dan Mercury dan kandungan yang dibenarkan di dal herba  untuk setiap logam tersebut adalah seperti berikut:
Arsenik    : < 5 ppm
Plumbum : < 10 ppm
Mercury    : < 0.5 ppm
Ujian Bahan Steroid - Produk herba bersangkutan tidak boleh mengandungi bahan steroid sintetik
Ujian Mikrob - Had batas mirob di dalam herba bersangkutan tidak boleh melebihi dari 10 CFU (Coloni Forming Unit/Total Microbial Count/GM). 4 jenis mikrob yang tidak dibenarkan berada di dalam produk berkenaan adalah seperti E-coli, Salmonella, Staphylococos aureus dan Pseudomonas aeruginosa.
Ujian Kelarutan - Untuk memastikan produk tersebut larut dalam sistem pencernaan manusia, produk dalam kapsul harus larut dalam masa yang kurang dari 30 minit.
Setelah produk berkenaan lulus ujian yang dijalankan, maka ia akan diberikan sijil kelulusan dan diiktiraf selamat untuk digunakan seperti tanda MAL19972881T pada pembungkus botol produk tersebut.
" Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diiringi dengan penawarnya"
 
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah"

Tidak ada komentar:

Posting Komentar